Kesihatan Mulut untuk Bayi dan Kanak-Kanak

Kesihatan Mulut untuk Bayi dan Kanak-Kanak

Kesihatan Mulut untuk Bayi dan Kanak-Kanak – Dari Kelahiran hingga umur 5 tahun

Dari Kelahiran hingga umur 6 bulan:

Menjaga kesihatan mulut anak anda bermula pada waktu kelahiran adalah satu perkara yang amat penting.
Mengamalkan tabiat yang sihat boleh mencegah atau mengurangkan kerosakan gigi (rongga) pada bayi dan kanak-kanak.
Selalu membersihkan gusi bayi anda selepas suapan:
♦ Dukung bayi anda dengan satu lengan.
♦ Balut tisu gigi atau kain basah di sekeliling jari telunjuk mengunakan lengan yang lain anda.
♦ Urut/gosok gusi secara pelahan dengan tisu atau kain yang basah.
♦ Jangan membiarkan bayi bersandar dengan botol, letak botol di mulutnya ataupun biarkan bayi anda minum “mengikut keinginannya”.
♦ Ingat, kerosakan gigi adalah penyakit yang boleh menular. Elakkan menguji suhu botol dengan mulut anda, perkongsian perkakas
(contohnya sudu), atau membersihkan putting bayi atau puting botol dengan memasukkannya ke dalam mulut anda. Amalan ini boleh
membantu menghentikan penyebaran bakteria yang boleh menyebabkan kerosakan gigi (rongga).

Berumur 6-12 bulan:

Bayi anda akan mendapat gigi pertamanya sewaktu berumur enam hingga lapan bulan, Adalah penting untuk menjaga kesihatan giginya dari mula.
Mengamalkan tabiat yang sihat boleh mencegah atau mengurangkan kerosakan gigi (rongga) pada bayi dan kanak-kanak.
Amalkan pembersihan gusi bayi anda selepas setiap suapan. Sebaik sahaja gigi pertama tumbuh, mulakan pengunaan berus gigi kanak-kanak yang
lembut tanpa ubat gigi dan juga mengurut/mengosok gusi dengan tisu atau kain yang basah.
Untuk melegakan kegatalan gusi sewaktu pertumbuhan gigi, berikan bayi
anda teether yang bersih atau kain basah yang sejuk. Suhu sejuk mlegakan kegatalan, oleh sebab ini anda boleh menyejukan teether di dalam peti sejuk
(bukan freezer) untuk tujuan demikian.
Jadualkanlah temujanji pemeriksaan pergigian pertama kanak-kanak anda sebaik mungkin. Gigi anak anda haruslah diperiksa oleh seorang doktor gigi
sebelum ulang tahun pertamanya atau dalam tempoh 6 bulan selepas gigi pertama tumbuh.
Sekiranya air minuman di rumah anda tidak mengandungi fluorida, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda mengenai suplemen fluorida untuk
bayi.

 

Berumur 12 hingga 18 bulan:

Pada usia satu tahun, anak anda harus menjalani pemeriksaan kesihatan pergigian oleh seorang doktor gigi.
Teruskan amalan memberus gigi anak anda dua kali sehari dengan air biasa
Secara kerap, periksa gigi anak untuk bintik-bintik putih atau coklat kecil yang mencurigakan. Jika anda mendapati ada bintik-bintik putih atau coklat, ini
mungkin menunjukkan kerosakan pergigian (rongga), anda perlu membuat temujanji dengan doktor gigi anda dengan serta-merta.
Sekiranya anak anda tidak diperiksa oleh seorang doktor gigi untuk peperiksaan pergigian yang pertama, buatlah temujanji untuk pemeriksaan tersebut.
Teruskan mengambil langkah untuk mengelakkan pembiakan kuman yang boleh menyebabkan kerosakan gigi anak anda.

Berumur 18 bulan hingga 5 tahun:

Menjelang usia 30 bulan, semua gigi utama (pertama) sepatutnya telah tumbuh sepenuhnya. Pada usia 3 tahun, kebanyakan kanak-kanak sudah
berhenti menggunakan putting bayi atau menghisap ibu jarinya.
Pada usia 2 tahun, mulaikan pemberusan gigi dengan jumlah ubat gigi berfluorida yang berukuran sekecil saiz sebiji kacang. Mengajarlah anak anda
cara untuk meludah ubat gigi. Perhatikan proses tersebut untuk memastikan anak anda tidak menelan ubat gigi.
Mulalah mengajar anak anda cara yang betul untuk memberus gigi. Secara amnya, kanak-kanak memerlukan pertolongan pemberusan gigi sehingga
mereka mempunyai koordinasi tangan yang mantap untuk membersihkan gigi mereka dengan berkesan. Kanak-kanak dijangka mampu memberus gigi
tanpa pengawasan pada usia enam atau tujuh tahun.
Bawalah anak anda berjumpa dengan doctor gigi untuk pemeriksaan gigi dengan kerap.
Berbincanglah dengan doktor gigi jika anak anda berusia lebih dari 3 tahun dan sering lagi menghisap puting susu, jari atau ibu jarinya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Author

Related Posts

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!